TOlonggg
Tengah bertungkus-lumus kat dapor tetiba dengar si adib jerit-jerit (suara macam biasa bila tercepit) ngehngeh..memey betul lah!
aduhai anak ibu..abahnye nengok jer sambil gelak-gelak..so dengan kekuatan angin ibu pon cecepat ke depan..hahaha 1st time menengok adib gaya gitu. biasanya tercepit kat almari, rak tv, pintu bilik atau celah tv tetapi ni lain cikit bukan tersepit jari, ni tersepit kepala kat pintu rak kasut....lalala ibu pon join abah gelak.ekekeke..
patutla slalu jumpe berus kasut abah kat dapor..ni la kojenye.padahal pintu rak kasut ni dah ikat dengan getah xnak bagi dia senang bukak..ape celopp la adib ni??
****************
nak tempek skit resepi yang dah try dari buku masakan cerita dalam en3 ni
CHIKEN AND POTATO MIX
bahan-bahan:
sekeping dada ayam~dicincang
2 biji ubi kentang
1/2 biji tomato~dipotong dadu
2oz puri jagung / labu
kuntum brokoli~potong kecil
1 sudu bawang holland cincang
1 ulas bawang putih dicincang
sedikit hirisan daun bawang
sedikit mintak jagung
cecara:
rebus ubi kentang sampai empuk kemudian potong dadu
panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih
masukkan ayam. kacau sebentar
masukkan puri jagung dan tomato. biar tomato sedikit layu. boleh tambah air/ stok ayam jika mahu.
tambah brokoli dan ubi kentang.akhir sekali tabur daun bawang
(xbubuh garam pon dah setap tau)
Comments
Post a Comment