TRAIN TO KLUANG

lepas dah hajat nak bawak triple AH naik keretapi.hohoho kemain seronok depa.eksaited okeh..alhamdulillah planning ibuabah menjadi jugak.beli tiket awal sebab takut sold out..beli kat JB Sentral la kebetulan ibu keje tak jauh pon hari-hari lalu JBS tu..

tiket  sehala jb-kluang RM14(Dewasa) RM11(Kanak-kanak)

beli pergi-balik RM100 (2D 2K)
bertolak 10.10am ke kluang(tambah train rosak skit) dalam 12 lebih camtu..petang balik jb 15.01pm sampai jb 17.00pm..

okeh ibu belanja gambar eh
sebelum berlepas
happy face
pujian sikit untuk anak ibu sebab behave je..sikit je la.dalam train asyik duk menguyah je keje diorang sebab de bawak bekal air kotak, roti n kopok upah nak suh diam..adib ngan adam je asyik la bertukar seat kedepan belakang,kejap nak duk ngan abah pastu tukar lagi..haishh asalkan bahagia la anak-anak.adel pon baik je, siap tido lentok atas bahu abah..

dah sampai kluang lewat skit so kedai kopi famous tu dh tutup rehat..so bukak balik kul 2.30pm kang.so husband ajak jalan-jalan bandar je la.kebetulan ada teksi banyak-banyak kat area situ, amik teksi ke bandar.tempat pertama yang nak pergi untuk lunch.kami decide makan kat Kluang Railcoffe yang kat bandar.beza dua kedai ni ialah menu and ofkos lebih besar dan waktu operasi.
kat bandar kedai bukak sampai malam kalau tak silap and menu lagi banyak.kat stesen tu limit menu dan ada time rehat 12.00-2.30pm hari khamis tak bukak ye

dah siap makan.gambo non-hado plak..so jalan kaki je g kluang mall, dekat je kan..puas la pusing-pusing mall,husband ajak main bowling..hahaha macam la kt jb takde kan..ok layan je sebab nk habiskan masa.
 adib kemain nak main.tapi ke longkang je la perginya..ok demimu anak..abah la yang ajarkan diorang ibu memang takde tokoh main bowling ni..ekeke

dah kul 4.00pm camtu kami pon gerak semula ke stesen keretapi sebab nak lepak kopi-kopi dulu sebelum balik jb.

ramai orang ye kat sini,penuh so kena la tunggu giliran orang bangun baru la dapat duduk.nasib kami baik sebab ada budak laki ni bagi turn dia kat kami,kesian kot tengok ada budak kecik..alhamdulillah
budak duaorang yang tak sabar nak tunggu keretapi sampai,lagi setengah jam ye anak-anak..

ok ni kenangan tanda kami dah sampai kluang
abaikan tudung dan muka serabai ibu tu
suka tak?

on time train sampai,bagus ni..on the way balik, mereka semua ketiduran kepenatan la gamaknya..dah sampai stesen kempas baru bangun tu pon sebab adib nak g toilet.hujan je petang tu suasana macam dah kat cameron berkabus je.aircond train ni sejuk sangat sampai terpaksa pakai selimut..huhu okeh itulah ceritanya..thanks for reading..assalamualaikum..

Comments

Popular Posts