cuti sekolah kami

alhamdulillah syukur semoga semua dalam lindung dan rahmat Allah swt..takziah utk saudara kita kat Acheh yang dilanda musibah baru-baru ni..

plan cuti sekolah ke cameron highlands berhasil jugak..puas dah berzikir kat telinga suami nak jalan-jalan ke sini lagi..alasannya kami dah pernah kesini beberapa tahun lepas.tapi tu dengan family acik tu pon percutian singkat sangat uolls tak puas minum teh dan makan strawbery kan.
tapi sebenarnya dalam hati ni duk risau weii takut jalan jem kat CH tu tambah pulak sekarang musim hujan kan..alhamdulillah walaupon hujan tapi masih terkawal..tanah runtuh ada la tapi bukan skala besar dan ada yang dalam proses baikpulih.

sebulan planning tu survey dah harga hotel ngan tempat yang nak
pergi pon dah siap buat list, senang suami acik tau jadual lawatan.bukan apa uolls,berjalan jauh ngan anak, baby kecik memang banyak plan nak kena stanby kan.ekeke

kami decide amik cuti seminggu terus nak balik kampung, jalan-jalan kat melaka jugak..

so hari first tu, isnin- kami balik singgah kat Batu Pahat..ada kawan-kawan pernah cerita kedai g-shock murah kat batu pahat ni.so, kami dengan excited g la waze cari kedai tu tapi nasib tak menyebelahi kami sebab kedai tu bercuti seminggu..adududui frust jugakla sebab dah sampai kan..so kami g kedai sebelahnye yang ada jugak jual jam g-shock tu..ok harga murah jugak tapi ramai sangat orang pastu H tak tahu nak pilih yang mana satu.hikhikhik..so balik je la kami..ok next time repeat lagi..

balik rumah ayah H dulu sebab dah lewat petang, makan malam tu kami pergi kedai tomyam area pekan je..balik then tidur je la penat wei

hari selasa - acik masak-masak untuk lunch pastu nak ajak diorang g jalan-jalan kat bandar melaka..kesian ayah jarang sangat dapat jalan-jalan sebab takde yang bawak kan..ok kami g pusing-pusing aeon ayer keroh langsung terus terbeli kasut sekolah anak-anak.hihi kebetulan ada yang berkenan.sekejap je kat sini pastu kami terus g bandar melaka..nak minum petang makan cendol ngn mee rojak..

hari rabu - unplanned terpergi taman burung melaka..hahaha tak tau nak g jalan mana pon.. sebab plan nak makan mee besen tapi kedai bukak pukul 3.30ptg..
harga tiket kami 2dewasa 2 kanak-kanak RM53+RM10(makanan burung)
tempat macam baru,bersih takde la kotor sangat.standard la kan ada tahi burung sikit-sikit tu..ni kira macam kita masuk dalam sangkar burung yang besar la so burung-ayam tu lepas bebas kat dalam tu.awas la ye klu de makanan burung tu better sorok ye sebab burung tu pandai curi amik kat tangan.jadi buh sikit-sikit atas tangan je nanti depa mai amik makan.
excited ada takut pon ada,burung duk hinggap atas pala.selamber je terkejut gegirl..


ni harga pakej promosi sempena cuti sekolah
lepas tu g makan mee besen, sedap ke lapar? entah la tapi mmg sedap pon.kedai baru bukak tapi seat dah penuh? hairan kan..anak-anak pon suka makan sebab mee tak pedas.klu nak pedas mintak je sambal kicap kasi umpphh..

then kami balik rumah acik la pulak,nasib kampung masing-masing dekat je kan..

Comments

Popular Posts