juadah berbuka kami


ya Allah dari hari ke hari nak sambung type entry ni asyik tak jadi je

"Eh diam-diam dah nk seminggu puasa kan..alhamdulillah 
sekarang kurang mood nak share gambar makanan bukan apa, sendiri yang terliur.kahkah"
 dari seminggu puasa sampai lagi seminggu nak raya tak habis gak type.herherher😁😁😁

biasala nak share gak menu buka puasa supaya korang ada idea nak masak juadah berbuka korang😆
ni salah satu menu yg boleh dipertimbangkan; 


mi goreng
Nasi Ayam

Air Soda Herbs

Asam Pedas, Tomyam

Kari Ayam, Sayur Goreng
 Ni minggu lepas, ajak keluarga kak ani(pengasuh) ye la sebab acik tak pandai masak nak ajak berbuka kat rumah so kita ke kedai je la
 ni sabtu lepas, dapur cuti..layankan anak-anak, abah nak makan pizza tapi tak jadi fullhouse lepas berbuka baru dapat makan, so cancel la..selera diorang makan
tak kisah la berbuka kat mana tapi yang penting kenyang..tapi sebenarnya lagi suka masak sebab puashati dapat bagi makan yang tersayang kan..

kalau berbuka kat luar macam terkejar-kejar balik sebab nak solat maghrib pulak..lagipon mask untuk berbuka memang bawak untuk sahur tu pon dan save jugak..so takde la bangun awal sebab nak masak bagai, cuma panaskan lauk je..hihi

ni hadiah dari kak ani untuk adib sebab berjaya puasa setakat ni, kena la bagi dua sebab takut berebutkan..hurmm faham sangat mak ani korang ni nak oii..tapi semalam tengok kapal terbang ngn helikopter ni macam terhempas je,sayap tayar dah tercabut.ekekeke


Comments

Popular Posts