Penyusuan Susu Ibu

wahh sukernyer tajuk ini..

SEMUA IBU DIGALAKKAN MENYUSUKAN ANAKNYA DENGAN SUSU IBU SAHAJA SELAMA 6 BULAN DAN MENERUSKAN SEHINGGA ANAKNYA BERUMUR 2 TAHUN. MAKANAN PELENGKAP PERLU DI MULAKAN SEMASA ANAK BERUMUR 6 BULAN
Statement ni slalu jumpe kt KK bile wat checkup bb..ingat tau..Sebagai ibu, anda berhak menentukan apa yang terbaik buat si manja anda. Di sini, saya ingin berkongsi serba sedikit pengetahuan saya berdasarkan pengalaman yang saya lalui sepanjang tempoh setahun dua bulan saya menjadi ibu kepada 'si chumel adib'. mungkin apa yang akan saya kongsikan ini serba kekurangan tapi saya pasti anda2(di sebut-ibu-ibu-cantik-dan-penyayang)  di luar sana lebih tahu dan berpengalaman dari saya yang baru setahun jagung ini..betul tak? saya mohon tegurlah jika ada salah dan silapnya..sharing is caring..huhu..
 
menyusu adib~masa dlm pantang

 seawal kelahiran adib, saya akui sayalah ibu yang amat kekurangan ilmu mengenai breastfeeding ni..kesedaran saya mulai timbul apabila adik perempuan saya mula bagi 'talk' pasal kebaikan susu ibu~dia seorang nurse di Mahkota  Medical Hosp.wee..bukan saya xpenah dgr ceramah kt klinik tp dengan alasan mudah susu formula kn aderr..malah, slps bersalin (sy bersalin di sebuah hospital k'jaan) nurse xde pon bagi adib kt saya utk di susukan..so, diam je la!:( ==>menyesal sungguh dengan kekurangan diri ini, maafkn ibu syg
dan lagi, nurse pon bagi fm kt adib dengan jayanya bilamana si kecil itu menangis (susu saya xkeluar smpai hr ke-2) ya Allah, ibu ape saya ni langsung membiarkan saja!!
 penyusuan dengan susu ibu ni memerlukan pengetahuan, persediaan dan sokongan yang kuat terutamanya di kalangan org2 yg terdekat dengan kita supaya senang utk mintak bantuan dsb.ya kini ku akui...lalala..
now, saya dah melalui 'zaman kegelapan' dan tak mahu ibu-ibu lain mengalaminya spt saya.yeahh bangkit dari kekalahan ni..

KENAPA SUSU IBU JADI PILIHAN
 Sebab?
Kebaikan susu ibu yang tiada tandingannya...
  • mengandungi bahan pencegah penyakit~susu ibu kaya antibodi, sel darah putih, vit A & E  untuk lindungi bayi dari jangkitan dan alahan. pemberian susu awal, sjs cecair putih pekat (kolostrum) dalam 1jam slps deliver  penting sbg imunisasi pertama bayi kerana kaya dengan protein serta antibodi.
beberapa jam slps dilahirkan

  • komposisi susu ibu yang mencukupi seiring usia bayi dan suhu yang sesuai. dapat mengelakkan kekurangan zat makanan~haruslah di ingat ibu perlu mengamalkan diet seimbang dan berkhasiat serta minum air masak secukupnya.
badan sihat, otak cergas..

  • IQ tinggi. mengikut kajian, kanak2 yang minum susu ibu mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik dan tumbesaran yang sihat serta kurang di jangkiti penyakit~menjimatkan kos perubatan/klinik=> bijak...bijak...
  • dapat menjaga kesihatan  ibu dan bayi juga..membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan ~bila kita menyusu si manja , rasa berdenyut2 kt perut mcm senggugut time period means otot2 rahim sedang mengecut.baguskan? malah dapat mengurangkan %risiko barah payudara dan ovari.
  • mudah dan xperlu penyediaan plus lgk menjimatkan masa. xpayah bangun bancuh fm mlm2.hehehe..klu minum fm kena sukat suhu air supaya xterlalu panas @ sejuk. memudahkan ibu menyusukan bayi, bagi direct jerr~beri susu 8-12kali sehari
  • dan hasilnya dapat mengeratkan hubungan kasih sayang ibu dan bayi..owh sweetnye...bila kami bertentangan mata, dia renung mukaku..ku renung matanya..cewaahh
  • dan lagi..ianya 'Gratis' tuh (sila buka mata anda luas-luas)..senyum..xperlu bayar apa-apa...jimat duit abah beli fm~duit lebih boleh simpan dalam asb jaminan-masa-depan-anak-anda.ngee..
NIP~senang nk bwk jejalan




Comments

Popular Posts