Penyusuan:Tips Utk Ibu Bekerja

rentetan dr tajuk penyusuan, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diketahui oleh ibu-ibu sekalian dari proses pemerahan, penyimpanan dan pengendalian  susu ibu....

Memerah susu di pejabat
  • teknik perahan menggunakan  tangan(marmet) atau pam pakai breastpump~sedia di pasaran mengikut kesesuaian dan bajet masing2 lah.bp xsemestinya mahal tp yg penting jadual pengepaman yg konsisten dpt menghasilkan hasil lumayan, usaha yg berterusan dan jangan lupa doa byk agar semuanya dipermudahkan...Ingat bukan kecanggihan pam yg jadi ukuran..
avent manual sja
  •  selepas di perah, susu tersebut boleh la disimpan dalam bekas yg bersih & bertutup ~botol atau plastik liner
  • tuliskan tarikh & masa perahan
dolu~hasil perahan sehari
  • Letak dalam cooler bag yg dipenuhi ice pack~tahan 8jam atau boleh jugak simpan kt peti sejuk ofiz(klu adalah) saya memerah kt surau je so xde la peti sejuk kn.huhuhu..tp credit la to majikan 2 yg sediakan nursing room tuk pekerjanya ni..

Tempoh penyimpanan
  • peti sejuk bahagian atas / sejuk beku~3 bulan
  • rak bawah 'freezer' (bukan bahagian pintu)~72 jam
  • suhu bilik~ 8jam
Pengendalian susu perahan
  • susu ibu xboleh dimasak. hanya panaskan dengan merendam bekas susu ke dalam air suam ( 40)~ini teknik sebelum, kini urusan dipermudahkan dengan adanya warmer. cara2 menggunakan warmer boleh refer kt manual yg disertakan..ahaks..
  • sekiranya susu tersebut disimpan beku, cairkan susu tersebut dengan melalukan air paip kt botol sehingga kristal ais tu melebur.hihi..ataupun klu nk gunakan susu keesokkan harinya, biarkan susu beku mencair di bahagian bawah 'freezer'.
  • setelah dipanaskan, susu perahan tersebut xboleh disimpan semula~perlu dihabiskan dalam tempoh 1jam
Pembersihan peralatan
  • merangkumi breastpump dan botol2 susu. buka semua part dan bersihkan guna span lembut
  • kemudian boleh la direbus/ steril untuk jaminan kebersihan ~dulu saya hanya merebus botol2 sja, tapi selepas peristiwa botol cair terus saya beli strilizer utk mengelak kejadian berulang.kekeke..
sukatan air 90ml
  •  last, keringkan dan simpan untuk dibawa ke ofiz dan seterusnya
 nah, walaupun nampak macam leceh jer tapi sebenarnya sangat berbaloi dengan hasil yang kita dapat dibandingkan dengan pelaburan yang telah dilakukan (cehh dah macam main saham puloks) biarlah orang cakap beg besar or wat ever la..mak OK jerr..dan lagi sangat la happy coz skrg da tambah ahli baru~geng mengepam.huhu..harapan-setinggi-gunung semoga usaha ini dapat diteruskan sehingga adib 2y or lebih pon xpe....insyaALLAH.

    Comments

    Popular Posts