Kedai Makan Rahmat Ikan Siakap Goreng

Hi macam mana weekend uollss..
hari isnin memang kena citer bab makan supaya bersemangat memulakan minggu anda..ekekeke

kami yang di johor ni dah start kerja semalam so ok la kan..yang baru on pc harini selamat bekerja ye..pagi-pagi dah ajak borak makan sebab nak share tempat makan best yang ada kat Johor kalini kami ke Pasir Gudang pulak..yelah sementara masih berkhidmat kat Johor ni haruslah melawat dan menikmati makanan yang sedap kat sini..manala tau esok boleh ajak family datang bercuti ke Johor ni..

Minggu lepas kami ke Pasir Gudang dengan harapan nak beli jualan lelong Hotel Selesa Pasir Gudang tu, malangnya viral yang tular kat apps whatapps tu adalah pelesu..hurmmm lesu dah datang jauh-jauh ni..so dah alang-alang ke sini time lunch hour so ajak H g makan kat area situ je

jom makan kat Kedai Makan Rahmat Ikan Siakap Goreng huh gitu...ok waze je dah jumpa okey takyah susah-susah..ekekeke

ok nak makan tepi laut harini amik mood sejukkan hati..wowowo excited la anak-anak nampak laut kan..makan pon sikit je sebab nak tengok view je lebih,,ok layankan

servis sangat cepat ye..kami sampai 12.20pm so belum nak ramai sangat tapi parking dah penuh..ok terus je dapat seat..H pergi order sekejap je dah sampai..belum panas montot kite

lunch kami harini
biasa sementara tunggu makanan sempat la nak selfie sedas dua ni br nk bukak pasword hp, makanan dah smapai macam mana nak snap banyak-banyak
tengok adam nak makan dulu
ramai orang kedai ni mungkin sebab cuti tapi tak tau la kalau hari biasa..oh lupa kedai ni tutup hari jumaat tau..

order: ikan siakap goreng+kicap,udang goreng,sayur buncis goreng, sambal belacan, kuah kari, air sirap sejug, nasi putih 4 total RM68 lebih kurang

tapi ada je menu lain nak order tapi yang ni pon dah kenyang ok sebab dah pakej makan angin sekali.hahahaha


ni alamat Kedai Makan Rahmat (boleh waze je)
Jalan Pantai, Kampung Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Comments

Popular Posts