KETAM 'COUPLE' BERCILI
Ketam 'couple' Bercili |
holaa..salam semua..
mari kita masak super simple bersama orang rajin makan malas masak..ekeke..
terbayang ketam masa hubby tanya nak beli apa untuk dimasak kepada tetamu yang datang hari khamis lepas..untuk tetamu ketam masak cili padi super pedas...
yang ni lebih dua ekor tu pasal depa couple goreng cili plak.weh masa menaip nih kecur air liuh terbayang kesedapannya.ceh wahh...
sebab sedap sangat baik korang cuba tau..kalau mommy mengidam tak dapat, kesianla anak korang.gagaga...
bahan-bahan:
2 ekor ketam -dicuci bersih
1 bj bawang besar
10 tangkai cili kering -dikisar
1 ulas bawang putih
1 sudu besar sos cili
1/2 biji tomato-potong baji
daun salad, cili padi -hiasan ajo
minyak untuk tumis
cara-cara:
panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar yang telah dicincang halus
bila naik bau, masukkan cili kering yang dikisar
bila cili garing tuang sos cili.untuk kuah lebih tambah sedikit air-optional
masukkan ketam dan tomato.kacau sampai masak
perasakan garam gula sebelum dihidang
senangkan!
Comments
Post a Comment