Red Velvet Cupcakes

salam jumaat semua..
masih berkira-kira lagi nak apply cuti ni..erm macam nak amik cuti la depavali+awal muharam nti..kalau dapat isnin ngn rabu ataupun rabu ngn jumaat.nti la konfem dulu ngan en.suami eh..
kat sini nak tempek sikit hasil tangan tak seberapa ni..first baking after two years married!LOL...
here you are...Red Velvet Cupcakes
in the making
 source: resepinannie

BAHAN A - DIAYAK

250gm tepung kek
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam halus

BAHAN B :

113gm butter - suhu bilik
300gm gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur size A
1 cawan buttermilk - 240ml
**240ml susu full cream +1 sudu besar cuka makan . Dikacau rata dan dibiarkan selama 10 minit kemudian kena terus guna ya
2 sudu pewarna makanan merah - saya guna 3 sudu
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cuka makanan


CARA MEMBANCUH ADUNAN :

- Panaskan dulu oven pada suhu 180'C .


- Ayak semua bahan A dan di ketepikan . Dalam bekas yang sesuai pukul mentega dalam 1-2 minit kemudian masukkan pula gula dan pukul lagi selama 2-3 minit sehingga kembang fluffy. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul sehingga sebati dan masukkan semua esen vanilla  serta terus pukul bagi semua adunan cukup mesra . 


-Campurkan buttermilk dengan pewarna merah dan kacau bagi rata .

- Masukkan bahan A iaitu tepung dengan bancuhan buttermilk tadi berselang-seli dan dikacau/pukul sehingga betul-betul sebati . Dalam bekas kecil masukkan soda bikarbonat dgn cuka dan kacau biar sampai berbuih dan cepat-cepat masukkan dalam adunan tepung tadi kemudian kacau semua adunan bagi rata  . 

- Masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh) . Bakar selama 20-15 minit dalam suhu 180'C atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

CARA BUAT CHEESE FROSTING :

120 gm gula icing
230 gm mascapone cheese - kalau x ada pn ok
230 gm cream cheese
1 1/2 cawan heavy cream - optional kalau x ada pn ok
1 sudu kecil esen vanilla


*Boleh ditambah gula icing lagi jika suka manis .

CARA MEMBANCUH CHEESE FROSTING :

1) Pukul semua bahan sehingga kembang dan sehingga sebati . Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sehingga cukup sebagi dan kembang. Kemudian boleh la di sapu atas kek . 
 
yang  cheese frosting ni derhaka skit xbuat pon.gagaga tenkiu kak nannie atas perkongsian ni..mmg sedap dan gebu kek ni tak rugi menuntut.

Comments

Popular Posts