Tip Memilih Kabinet Dapur

salam semua..
baru habis cuti seminggu baru ada mood nak singgah sini>>kemas blog rumah la.. alhamdulillah kami bakal menjadi pemilik rumah baru tak lama lagi..syukur sangat-sangat.oleh kerana itu, mood mendeko rumah menguasai fikiran mengalahkan orang kene bayar ansuran bulanan rumah, en.suami
tapi dalam banyak benda yang berlegar-legar-legar...adalah kabinet dapur sesuai la peranan isteri ek.padahal bukan selalu masuk dapur pong!
nak yang macam ni sebab dapur kitaorang kecik je, lebih kurang ni jugak..
sumber:google
ok la sementara saya memasak ni,korang bolehla baca panduan memilih kabinet dapur ye kawan-kawan...
Tip Memilih Kabinet Dapur (KC)
  • BAJET~merupakan elemen utama yang perlu dititikberatkan sebelum mengambil keputusan membentuk dapur idaman kerana KC antara perkara penting yang perlu wujud dalam ruang dapur
  • KONSEP~tentukan dulu konsep keseluruhan hiasan dalaman ruang dapur bagi memudahkan anda memilih KC bersesuaian.biasanya konsep moden menjadi pilihan kerana ianya ringkas, kemas dan tak perlu bajet yang besar sangat
  • MATERIAL~ikut bajet masing2. untuk badan KC pilih yang diperbuat daripada bahan yang kukuh kerana berfungsi untuk menampung beban berat.yang disyorkan daripada kayu nyatoh dan plywood nyatoh.untuk pintu adalah kayu, chipboard, kaca, aluminium, keluli tahan karat.selain untuk cantik pastikan juga kualiti.
  • WARNA~pilih warna yang terang supaya nampak luas
  • REKABENTUK~pilih rekabentuk yang fleksibel.bentuk L sesuai untuk konsep terbuka dengan ruang makan. bentuk U pula menggabungkan tempat menyimpan barang, dapur dan sinki dalam kabinet siap pasang.bentuk pulau menampilkan meja berasingan  dan sesuai untuk ruang luas dan bentuk lurus sesuai untuk ruang sempit
sumber:metro harian

Comments

Popular Posts